6 CARA LAJUKAN SALES AGENT

Apa yang penting dalam team anda?

Kuantiti agent atau Kualiti?

Kalau agent ada 10 orang tapi semua laju buat sales

Lebih bagus daripada ada 50 orang tapi 1-2 orang je laju buat sales.

Pening kepala kan? nak jaga 10 ke 50? Pilihan di tangan anda.

Tapi, saya faham anda masih boleh lajukan sales mereka semua dengan 6 cara yang saya dedahkan ini.

By Anys Paloma

Berapa ramai founder atau leader yang bila nak rekrut agent, dia bagitau senang je buat jualan,produk viral, produk senang laku, produk artis ni pakai, atok saya pakai,jiran sebelah utara pakai dan sebagainya.

Tapi, bila dah rekrut, dah dapat agent.

Esok nya, susah gila nak jual..ok takpe, tunggu lusa..

3 hari dah amsih tak terjual.. ok maybe seminggu..

masuk seminggu baru 1 unit terjual. Katanya masa awal-awal senang jual, viral dan sebagainya.

So.. salah siapa? Founder? Produk atau Anda?

“ramai founder, Stokis ataupun Agent yag nak merekrut agent tidak jelas apa yang mereka nak selesaikan sekiranya mereka nak rekrut lebih ramai agent ke dalam pasukannya”

Saya tidak mahu salahkan sesiapa, kerana jika saya terangkan semua isu di atas, memang panjang nak cerita disini. 

Tapi,jika anda dapatkan Ebook Nfluenza yang saya dedahkan STEP-BY-STEP cara buat sistem agent yang betul, anda akan rasa lebih jelas kenapa semua isu ni berlaku dalam team kita.

Jadi kita teruskan ya?

Sebab apa yang saya nak share dengan anda semua sekarang ini ialah macam mana nak lajukan jualan team anda setiap hari? minggu? dan bulan?

Ramai mengadu tak dapat jual, restok sekali je dengan HQ atau leader antara sebabnya adalah kita belum cukup ILMU dalam sistem Agent untuk bantu agent kita laju buat sales.

InsyaALLAH cuba 6 CARA ini, akan tingkat SALES RATE team anda serta merta jika anda buat sungguh-sungguh

6 CARA LAJUKAN SALES TEAM AGENT

1. AGENT CONTOH

Ini adalah strategi yang ramai founder, leader atau stokis serta agent sekalipun yang terlepas pandang apabila dia tak dapat nak gandakan jualan team dan produk mereka terutama selepas 3 ke 6 bulan buat bisnes.

Mudah sahaja, sepanjag 3 bulan pertama anda pasti ada beberapa orang agent yang sangat aktif buat jualan, restok dan dengar je apa anda beritahu.

Walaupun anda baru ada 1 orang je yang aktif seperti ini, anda jadikan dia ini sebagai WEAPON iaitu Agent Contoh kepada team yang lain.

Apa result dia, anda bakar pada team anda yang lain, walaupun sedikit resultnya, tapi ianya lebih bagus daripada team yang takda result.

Jadikan dia sebagai partner anda untuk beri inspirasi pada team lain untuk jadi seperti AGENT CONTOH ini. 

Dari segi jualan, marketing atau apa sahaja yang dia buat. Share dengan team.

2. DUPLICATE

Anda kena faham kenapa anda buat sistem agent? bukan website? bukan retail? bukan borong atau sebagainya.

Kelebihan sistem agent ialah DUPLICATE benda yang dah PROVEN dan ada result.

Pasti ada beberapa agent anda yang jadi top jualan dia setiap bulan.

Berbual, tanya, jumpa, call dia dan kenal rapat dia untuk anda keluarkan AGENT AVATAR anda.

Bila anda dah kenal dia yang TOP SALES ini sebagai contoh ialah Guru. Dan apa cerita dia anda keluarkan untuk anda cari 5 lagi bakal agent anda yang merupakan SEORANG GURU juga.

Mudahkan? daripada 1 GURU anda ada 5 guru yang akan buat strategi yang sama macam dia.

Jika top sales ialah jual di pasar malam. Cari 10 lagi orang yang meniaga di apsar malam untuk jadi agent anda dengan strategi sama macam yang dah berjaya.

3. REWARDS

Nampak macam pernah dengar kene bagi Reward kan?

tapi berapa ramai yang tak buat?

Reward bukan sahaja dalam bentuk duit.

Ada pelbagai jenis reward seperti :

1. Kelas

2. Percutian

3. Voucher

4. Personel Coaching 

dan pelbagai lagi yang anda boleh sesuaikan dengan bisnes anda.

Dengan cara pemberian REWARD yang betul anda akan lihat mereka berebut untuk buat jualan. Sama ada,Reward MINGGUAN, BULANAN,TAHUNAN,CABARAN dan sebagainya.

Sesuaikan dengan AGENT AVATAR team anda.Jika mereka ramai suri rumah. beri barang idaman suri rumah.

Lagi best, berikan REWARD untuk pasangan mereka pulak sekali sekala. JIka yang join si isteri, bulan itu rewardnya ialah hadiah untuk suami. 

Mesti suami akan senyum lembar dan faham lagi apa setiap hari isteri dia buat kan?

4. TARGET JUALAN

Paling penting yang ramai Founder, Stokis atau Leader tidak buat daripada hari pertama mereka join atau sign up jadi team anda.

Jelaskan berapa TARGET diorang untuk seminggu, sebulan yang realistik dan yang dah pernah dapat oleh team sebelum ini.

Sebagai contoh :

Target minggu ini 4 unit jualan sahaja. Siapa cepat capai 4 unit dapat REWARD atau 1 hari 1 unit je. 

Agar mereka ada sebab nak dengar apa anda ajar dan termotivasi.

Dan jelaskan bagaimana cara nak capai target tu. Jika anda ada buat belian Ebook Nfluenza iaitu Rahsia Buat Agent Berstrategi anda akan belajar bagaimana caanya dalam itu saya dedahkan Step-By-Step.

5. BONDING

Jangan hanya muncul setiap hujung bulan atau awal bulan di dalam group untuk tanya siapa nak restock, stok dah sampai siapa nak order dan sebagainya.

Anda tahu tak 70% mereka ini kekal dengan sesuatu produk bukan sebab produk itu. Tetapi BONDING

Berbual tentang isu semasa, share resipi, gambar percutian atau apa yang lua daripada bisnes buat mereka akan rasa sangat suka dengan anda.

Mereka nak membawang, nak ada geng, nak ada komuniti bukan hanya buat duit je tau.

Bila anda BONDING dengan mereka, automatik mereka akan selesa dengan anda dan seronok buat jualan.

6. TRAINING

Anda perlu adakan TRAINING sama ada dari segi buat jualan, cara buat live, cara buat contest atau apa sahaja yang mendatangkan SALES tetapi pastikan anda yang dah praktiskan dulu ilmu itu untuk ajar pada mereka.

Ajar secara ONLINE, LIVE, WHATSAPP atau apa yang memudahkan anda dan team.

Sedar tak sebenarnya, mereka berharap bila join anda, mereka dapat capai impian mereka seperti ada duit poket Rm300 sebulan.

Tapi, anda tidak GUIDE, tidak TRAIN, macam mana mereka nak bertindak. ANDALA MENTOR mereka.

Jadi, jangan takut buat pelaburan untuk dapatkan ILMU dan train team anda.

 

Belajar sesuatu? terus action sekarang ya!

Nak banyak lagi STEP by STEP rahsia buat sistem agent sehingga 5-6 angka sebulan boleh dapatkan EBOOK Nfluenza

Jika anda nak BELAJAR dan DAPATKAN EBOOK ini boleh terus KLIK LINK DI BAWAH INI